Tempat menarik تمڤت مناريق Batu_Pahat

Dataran Penggaram داتارن ڤڠڬارام

Mercu tanda Dataran Penggaram.

Dataran Penggaram telah dibina semasa sambutan seratus tahun bandar Batu Pahat. Ketika itu, ia ialah sebuah kolam air pancut. Pada tahun 2001, sebuah tugu yang menggambarkan batu dipahat telah dibina di tengah kolam air pancut itu dan dirasmikan oleh Tunku Mahkota Johor ketika itu, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar. Ia menjadi tempat utama untuk sambutan yang besar seperti Hari Kebangsaan peringkat daerah Batu Pahat dan peringkat negeri Johor, Hari Raya, Tahun Baru Cina, konsert-konsert hiburan dan pertunjukan motor dan kereta. Ketika hari biasa, ia menjadi tarikan utama untuk bersiar-siar, berjoging dan berehat ketika waktu petang dan malam. Terdapat juga pasar malam yang mengelilingi dataran pada waktu malam. Pada tahun 2016, Dataran Penggaram telah diubahsuai dengan penambahan nama Batu Pahat daripada tulisan khat jawi dan lampu yang menarik menjadikan Dataran Penggaram berwarna warni serta dapat menambahkan lagi pengunjung yang datang ke Batu Pahat.[9][10]

Perigi Batu Pahat ڤريڬي باتو ڤاهت

Perigi Batu Pahat

Perigi Batu Pahat ialah tempat yang mempunyai sebuah perigi dimana tempat itu diberi nama. Terletak di pantai Minyak Beku, pelawat dibenarkan melawati pantai tersebut untuk melihat sebahagian besar sejarah bandar Batu Pahat.[11]

Taman Rekreasi Tasik Y تامن ريكرياسي تاسيق ويا

Taman Rekreasi Tasik Y ialah sebuah kawasan tasik buatan manusia yang menyerupai huruf Y. Disana, terdapat kawasan taman permainan, gerai jualan, tempat makan dan minuman dan trek berjalan dan berjoging.

Hutan Lipur Soga Perdana هوتن ليڤور سوڬ ڤردان

Hutan Lipur Soga Perdana

Hutan Lipur Soga Perdana ialah hutan simpan dimana hutannya mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna. Hutan ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin berehat, aktiviti menaiki tangga, berjalan dan berjoging hingga ke puncak bagi mereka yang menghargai alam semula jadi.Terdapat sebuah pondok telah dibina di pengakhiran trek berjalan dan berjoging. Diatas sana, terdapat sebuah pemandangan yang menarik di seluruh bandar Batu Pahat. Jika berjalan atau berjoging ketika turun kebawah, terdapat sebuah kolam air yang datang dari bukit ini. Hutan ini seluas 49.3 hektar dimana 10 hektar akan dimajukan dan dilengkapi kemudahan asas bagi faedah pelawat.

Wet World Batu Pahat ويت وورلد باتو ڤاهت

Wet World Water Park ialah satu-satunya taman bertemakan air di negeri Johor. Taman ini dibina di kawasan berdekatan tasik Merdeka yang terkenal dimana satu ketikanya ialah sebuah lombong. Taman ini seluas 44 ekar. Antara yang menjadi perhatian di taman ini ialah pantai Wave Pool, menara BP, Big Splash, Lazy River dan Kiddie Pool untuk kanak-kanak. Aktiviti memancing dan berperahu juga disediakan di taman ini.Wet World Water Park ialah taman sangat sesuai dikunjungi oleh semua peringkat umur.[12]

BP Walk بي ڤي ولق

Pada waktu malam pula, Batu Pahat terkenal dengan "BP walk" iaitu sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai makanan termasuklah citarasa tempatan dan barat. BP walk dibuka sehingga 3 atau 4 pagi setiap hari. BP Walk ini juga telah menjadi tumpuan pengunjung dari Kluang, Muar, Pontian dan Ayer Hitam pada waktu malam.

Benteng بينتيڠ

"Benteng" merupakan suatu tempat makan yang terkenal di Batu Pahat dan terletak berdekatan dengan tebing Sungai Batu Pahat. Antara makanan yang popular ialah Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang terletak di Benteng berhadapan dengan Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital).

Pantai Minyak Beku ڤنتاي ميڽق بكو

Pantai Minyak Beku

Pantai Minyak Beku ialah tempat terkenal dengan aktiviti memancing dan menikmati angin yang damai di kawasan laut.[13]

Pantai Punggur, Rengit ڤنتاي ڤوڠڬور، رڠيت

Pantai Rekreasi Punggor ialah pantai yang menawarkan persekitaran yang tenang bagi mereka yang inginkan tempat untuk beristirahat dan suka akan aktiviti memancing di pantai. Pantai ini bertempat di kampung bernama Punggor dan sangat popular bagi mereka yang ingin berehat, berkelah, memancing dan bersiar-siar. Pantai rekreasi ini terletak 30 km ke selatan dari Bandar Batu Pahat.[14] Ia terletak di Rengit.

Pelancongan dan riadah ڤلنچوڠن دان رياده

  • Galeri Dato' Onn
  • Memorial Peperangan Dunia Kedua Parit Sulong (Peperangan Jepun/Tentera Komanwel)
  • Taman Tema Kanak-kanak (The Summit) - pertama dalam bangunan
  • Menara Jam Batu Pahat
  • Bandar Seramik Ayer Hitam
  • Bandar Jajan Parit Raja
  • Taman Botani Sri Medan
  • Kampung Parit Tengah, Rengit (Ladang Nanas terbesar di Asia)
  • Pantai Sungai Lurus, Senggarang
  • Pantai Seri Wawasan,Simpang Lima
  • Hentian Mahkota Pantai Parit Simen
  • 2000 Complex

Hotel هوتيل

Hotel Novo Park
  • Crystal Inn Hotel
  • Hotel Novo Park
  • 7 Days Express Hotel The Boutique Hotel
  • Golden Pearl Hotel
  • Minyak Beku Agrotourism Resort
  • B & S Hotel
  • Pelican Hotel
  • The Katerina Hotel
  • Pinetree Hotel
  • The Landmark Hotel

Bangunan bersejarah باڠونن برسجاره

  • Balai Polis Trafik IPD Batu Pahat
  • Bangunan Majlis Perbandaran Batu Pahat
  • Bangunan Jabatan Kerja Raya Batu Pahat
  • Mahkamah Seksyen/Majistret Batu Pahat
  • Pejabat Pos Batu Pahat
  • Pejabat Kesihatan Batu Pahat
  • Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd. Khalid
  • Bangunan lama Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat
  • Bangunan lama Jabatan Kastam Diraja Batu Pahat
  • Bangunan Wisma Sejarah Batu Pahat
  • Bangunan Kelab Bersejarah Batu Pahat
  • Sekolah Tinggi Batu Pahat
  • Sekolah Kebangsaan Temenggong Ibrahim
  • Sekolah Menengah Kebangsaan(P)Temenggong Ibrahim
  • Masjid Dato Bentara Luar
  • Surau India Batu Pahat
  • Rumah-rumah Kedai
  • Stesen Bas Lama Batu Pahat (Jalan Omar)

Lain-lain لاين٢

BP Mall

Terdapat Pusat membeli-belah,pasar raya dan borong yang terkenal di daerah ini:

  • ÆON JUSCO Batu Pahat (akan dibuka di Pura Kencana, Sri Gading)
  • Tesco Parit Raja
  • The Summit Batu Pahat
  • BP Mall (ke-4 terbesar di Johor)
  • Square One Mall
  • ÆON BiG Batu Pahat
  • Cowboy (dihadapan IPGTHO)
  • The Store (Jalan Rogayah)
  • The Store (Jalan Zabedah)
  • Pacific Hypermarket (BP Mall)
  • Parkson (Square One)
  • Pasaraya Target (The Summit)
  • Econsave (Yong Peng)
  • Nirwana Maju (Banang Height)
  • Nirwana Maju (Yong Peng)
  • Super One (Peserai)
  • Eng Hiap Seng (Rengit)
  • Welward (Parit Raja)
  • Worldcome (Ayer Hitam)

Panggung wayang

  • Big Cinemas (BP Mall)
  • MBO Cineplax (Square One)

Restoran makanan segera (Fast Food)

  • Kentucky Fried Chicken (KFC)
    1. Jalan Rogayah
    2. Jalan Tan Swee Hoe (Buka 24 Jam/Pandu Lalu)
    3. Jalan Bukit Pasir (Buka lewat malam)
    4. Aeon Big Shopping Mall
    5. Batu Pahat Mall
    6. Yong Peng
    7. Rengit
    8. Parit Raja
    9. Ayer Hitam
    10. Parit Sulong
  • McDonald's
    1. Jalan Tan Swee Hoe (24 Jam/Pandu Lalu)
    2. Parit Raja (24 Jam/Pandu Lalu)
  • Pizza HuT
    1. The Summit Batu Pahat
    2. Batu Pahat Mall
    3. Parit Raja (Pizza Hut Delivery)
    4. Jalan Bukit Pasir
  • Marrybrown Fried Chicken
    1. Jalan Rogayah
    2. Ayer Hitam
  • A&W - Petronas Jalan Rahmat
  • Burger King - Jalan Jelawat
  • Subway - Old Street
  • Buskin Robbin - Petronas Jalan Tan Swee Hoe
  • Domino's Pizza - Jalan Tan Swee Hoe
  • Sushi King - Batu Pahat Mall
  • Chicken Rice Shop - Batu Pahat Mall
  • Starbucks - Jalan Tan Swee Hoe

Terdapat lebih kurang 3 Pusat Bowling dengan lebih 30 lane setiap satu. Selain itu, terdapat juga pusat-pusat hiburan seperti 2000, Seven 7 dan banyak lagi